Salaam.
Ramai di antara pelabur yang ingin mengetahui sama ada permohonan untuk minat melabur mereka diterima. Jadi MITI telahpun menhantar surat jawapan kepada permohonan anda. Sekiranya anda menghantar sendiri (bukan melalui saya) sila semak surat-surat anda. Waktu sebegini anda mungkin balik kampung atau mungkin hilang dalam proses pos. Jadi semak surat-surat anda. Atau hubungi MITI untuk kepastian.
UMW Oil & Gas Corporation adalah saham terbitan baru yang saya secara peribadi menggalakkan anda memohon samada melalui MITI, (bagi bumiputra yang layak) atau secara undian. Selain unit trust yang lebih rendah risikonya berbanding pasaran saham terbuka, saham-saham ini adalah antara yang risiko lebih rendah dan pulangan lebih cepat.
Sekian. Selamat melabur.
Salam,
Saya dah lama tidak menulis jadi saya cuba tulis sekarang semperna bulan Ramadhan.
Tajuk di atas merupakan persoalan yang saya sendiri tiada jawapannya. Bagi yang melabur untuk jangka pendek, sukar saya hendak berikan jawapan. Tetapi untuk jangja panjang, anda tahu jawapan saya.
Dari sudut teknikal, memang terdapat ‘gap’, iaitu harga terendah di suatu hari melebihi harga tertinggi hari yang sebelumnya. Dari sejarah indek FBMKLCI, semua 'gap’ akan ditutup semula bererti indek FBMKLCI akan turun ke paras 'gap’. Saya mempercayai 'gap’ itu akan ditutup untuk jangka pendek tetapi ia dijangka naik lagi (Ini bagi pendapat peribadi saya, bukan nasihat). Kemudian kita kena berhati-hati kerana 'gap’ akan ditutup dan indek FBMKLCI akan jatuh dengan banyak. Untuk unit trust, kita boleh buat switch ke dana yang berbentuk “Money Market” untuk mengelak dari kerugian yang besar.
Lagi satu, UMW Oil & Gas Corporation Berhad, sudah dibuka untuk dipohon untum melanggan melalui MITI untuk bumiputera. Anda perlu bank statement yang disahkan oleh bank. Tarikh tutup 16hb Julai. Rujuk laman sesawang MITI.
Sedikit maklumat tentang UMW Oil & Gas Corporation Berhad.
Saya ada bagi kursus sebelum ini yang mengatakan market kita terbahagi 3 , blue Chip, second liner atau saham sederhana dan saham bercapital rendah. Blue Chip naik dulu, mungkin sebelum pilihanraya. Saham harga sederhana naik selepas pilihanraya dan saham rendah juga naik selepas itu.
Kalau anda belum membaca pasal kursus itu anda boleh pergi ke Siri I, Siri II, Siri III, Siri IV dan Siri V

Salaam
Rezeki itu murah ketika anda masuk ke alam perkahwinan. Rezeki adalah apa yang kita dapat rasa dan apabila wang yang kita dapat kita dapat merasa kesenangannya, itu rezeki kita. Tetapi bila kita belanja orang lain, waktu itu rezeki orang lain yang akan ditambah rezeki kita waktu yang lain. Sekiranya anda berpenyakit, maka kuranglah rezeki untuk anda sebab anda tidak boleh makan sebahgian dari rezeki Allah.
Ramai yang tidak tahu bahwa rezeki itu bertambah dengan sebab berkahwin. Dan rezeki itu berkurang apabila kita merosakkan hubungan sehingga bercerai.
Allah berfirman yang maksudnya
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah 2:223)
Kebun tanaman kamu adalah perumpamaan. Bukan sebenar-benar itu kebun tetapi diumpamakan.
Allah berfirman lagi
Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.“ ( Surah An Nur ayat 32 )
Sekiranya ada berkahwin, apa yang disangka miskin bagi anda akan diberi kekayaan oleh Allah dengan didiberi kemampuan oleh Allah.
Jadi kenapa saya cerita pasal rezeki di alam perkahwinan? Saya mempunyai kerjaya cukup menarik bagi pasangan-pasangan yang baru atau bakal berkahwin ini. Sesuatu yang lebih kurang "Waktu ini anda boss, Anda boleh untuk lebih masa untuk menjaga anak, Kalau anda hendak makann di kedai, anda cua perlu tengok di sebelah kirinya sahaja iaitu menu, sebelah kanan, harga tolah tepi. Saya sudah jumpa orang yang dapat beratus ribu sebulan, gajinya. Itulah jadi Konsultan Unit Trust yang tidak perlu mahir dalam saham.
Jadi,kalau anda di JB, atau B Pahat, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan melalui Seminar kerjaya ini. Tidak BERMINAT? Tak apa?
Yang terdekat, seminar kerjaya ini akan diadakan pada 24/42013 di Johor Bahru pukul 8.00 malam.Hubungi saya di cekapsaham@yahoo.com